Thursday, December 20, 2012

Rambut Gugur??? Grrrrrrrh!

Rambut gugur!! Leceh betul kan bila nak kena berdepan dengan masalah rambut gugur ni. Sikat rambut pon rase takut sebab takut rambut banyak yang hilang...
Tapi tu lah masalah kita orang perempuan ni....
Lelaki pon ade yang mengalami masalah ni
Tp kebanyakannya adalah perempuan, lebih2 lagi yang berambut panjang.....


Rambut yang sihat akan mengalami keguguran sebanyak 30-120. Namun jangan risau kerana ianya akan diganti semula :). Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah biasa dan tidak mempunyai anak rambut!!! Huh! (ni yang risau ni :(......)

Ada beberapa punca rambut bermasalah atau pun gugur

1. Keturunan
2. Melahirkan anak
3. Terlalu terdedah kepada sinaran matahari
4. Kerap terdedah dengan bahan kimia
5.Kerap mengunakan pengering rambut dan yang seangkatan dengannya
6. Stress dan gangguan emosi
7. kekurangan nutrisi

bla... bla... bla.....

Banyak kalau nak tulis...

so kat sini sebenarnya saya nak berkongsi serba sedikit tip2 untuk menjaga rambut agar kadar keguguran rambut berkurangan

Pertama!

Shampooooooooo!
syampu ni ade banyak jenis dan jenama, selalunye aku pakai CLEAR,DOVE, HERBAL ESSSENCE, dan yang paling latest LOREAL PARIS..... (wooof banyak lak)
*kat sini nak suruh take note sikit, yang paling berkesan dalam banyak2 ni LOREAL PARIS!!*

mungkin kadang2 bila kita pakai syampu macam2 ada yang ckap xberkesan...
Sebenarnya bukan tidak berkesan tetapi cara kita mungkin tidak tepat.
Untuk dapatkan kesan yang positif cuba perapkan syampu untuk beberapa minit sewaktu kita syampu rambut kita agar ia dapat menyerap hingga ke akarnya.( saya dah cuba!)

Kedua

Sikat!!!
Untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur ni, disaran kan agar menggunakan sikat yang jarang agar rambut tidak mengalami tarikan yang kuat.
Yang paling penting jangan sikat rambut anda sewaktu rambut anda dalam keadaan basah sebaiknya biarkan ia kering barulah disikat.
Selain itu, jangan tidur sewaktu rambut anda basah kerana ia memudahkan lagi rambut anda gugur.
:)

Ketiga

Nutrisi!!!

Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat agar rambut kita mendapat nutrisi yang secukupnya. ini penting untuk menguatkan akar rambut kita :)
Elakkan pengambilan air berkabonat dan makanan segera.
Serta minum air putih dalam jumlah yang banyak dan ambil sayur sayuran beserta buah-buahan segar :)


sekian!

Tuesday, December 18, 2012

tercipta untuk ku

petang- petang lepak kat sofa pastu ujan lepat pulak mula lah perasaan jiwang sentimental ni nak dilayan kan,,,
tak taw lah nape telinga terngiang-ngiang je lagu tercipta untuk mu
lagu ni dah lama dah release tapi penagan dia bagi aku cukup kuat sebab aku pantang dengar lagu ni terus cair...
mungkin lirik dia kot,,, tp kita memang dah sedia maklum kan lirik lagu-lagu band indon ni boleh tahan kan hehehehehhe

Aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakini ku....
kau tercipta untukku...

Tak silap aku rangkap kat atas tu chorus dia..
hmm chorus ni bg aku cukup bermakna, why??? sebab bagi aku bila kita berada bersama dengan orang yang kita sayangi dan percaya keyakinan diri kita jadi kuat...
Seolah-olah dia transfer keyakinan dia kat kita :)
Macam aku.....
sometime kalo tersalah atau xsengaja kita jadi malu dan segan kan...
Tapi bila kite bersama dengan dia kita tanye soalan bodoh pon xterasa diri ni bodoh pun kan :) (hihihi)
kenape ye???
sebab hati kita, akal kita, minda kita menerima dia sepenuhnya dan kita pun tahu dia juga menerima kita :)
lets enjoy tercipta untuk ku!!!

 http://www.youtube.com/watch?v=TwFR7Gkd1kU

Friday, December 14, 2012

secebis cinta mu



terharu terpana
hati seakan resah
tak tahu kemana arah dan tujuan
saat kau datang meraih tangan ku
menyapu air mata yang mengalir
menepis segala perih yang ditanggung
memberi aku sedikit ruang untuk rasa dihargai
membelai jiwa yang ketandusan kasih
merungkai kisah yang tiada penghujung
sungguh kau pejuang tanah hatiku
meskipun tiada siapa yang peduli
tiada siapa yang kisah
tiada siapa yang ingin tahu
kau datang memberi membawa dan menerima
dengan secebis kasihmu aku bangkit
dengan secebis cinta mu aku kuat
dengan secebis pelukan mu aku sedar
kau ciptaan tuhan
yang tercipta untukku
ditakdirkan bertemu ku
ditulis untuk membimbing ku
kau ciptaan tuhan
yang lahir untuk membawa ku
menuju cintaNya yang hakiki
dengan hanya secebis kasih mu..

(for future hubby <3 p="p">

Tuesday, July 17, 2012

Health+Beauty: D.I.Y: Body Scrub!!!

okey nak share sket petua nak dapatkan kulit licin and lembut bila disentuh...
penah tak tgok iklan Lisdawati ngan baby yang mandi susu tu????
nak wat macam tu jugak x????? hehehehhee:)
boley.... tp yg aku nak share ni untuk body exfoliate... lebey kurang body scrub..
so the tittle is
D.I.Y : Body Scrub <3

bahan2:
susu tepung
gula pasir @ gula perang
soda bikarbonate@ mat saleh pgil baking soda :P
bekas kosong berpenutup

cara2:


masukkan 5-6 sudu susu tepung
masukkan 2-3 sudu gula
kemudian tutup bekas tersebut dan goncang
kemudian masukkan pula 2 sudu soda bikarbonate
kemudian tutup balik bekas tu dan goncang lagi.......

then jadi la homemade body scrub!!!!

extra tip:
# letak ditempat yg dingin cth bilik... sebelum mandi bawa la masuk bilik air tp lpas tu ley la bawa
   keluar takut nanti kena air basah :)
#untuk yg kulit kering boleylah campurkan body scrub dengan beberapa sudu madu... untuk
  membantu melembabkan kulit anda :)

kebaikan@ benefits dia...

mananggalkan sel2 kulit mati
malembabkan kulit
mencerahkan kulit (jika diamalkan selalu)sb mengandungi soda bikarbonat berfungsi sebagai bleaching agent:)








Tuesday, September 13, 2011

mak cik pak cik, solat dulu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


BISMILLAH..

dulu tgok orang main blog aku pon nak main sekali... hehehe... lastly malas nak update punyer pasal betahun2 aku xbukak blog ni,,, tetibe terdetik untuk share somthing.. hurm.........................
what im going to share?????? ok its about suasana di kenduri kendara...
actually my point bukan nak citer sal kenduri tu,,,
but there's somthing that i realized when i went to kenduri kendara ni,,
its a wedding ceremony actually....
citernyer gini, suatu hari tu, ader org ajak aku pergi kenduri kawen famly dia,,, aku xbrape nak pergi but wase mcm xelok jugak menolak ajakan orang yg lebih tua ni,, gpown dia mmg betul2 beria2 ajak aku....
aku pergi time lepas zohor... sampy sane dah masuk waktu asar lah... kebetulan time tu aku ABC ngeeeeeeeeeee~
jd xder lah nak kena pi solat asar...
jd beselah kenduri kawen kan,, busy,,, si pengantin tu lawa lah orangnyeeee,,,hehehe... tetibe lak ek,,
dia mintak tolong masukkan telur dalam bunga telur tuh,, kiteorang wat lah wamai2,,, then wamai lar mak cik2 kat situ,,,
lame2 duk situ terperasan pulak,"eh dorang2 ni dah solat asar ke blom ek???????????" satu kemusykilan kat situ... sume2 bertudung n yg lelaki bersongkok..
then i cube ckp kat diri i maybe sbelum aku sampy td mereka da menunaikan kewajiban mereka sbg hamba Allah tu kan..
newey aku wat lah keje tu sampy maghrib selesai jugak mengisi telor tuh,,, si pengantin pompuan masuk bilik dah... tp yg pelik xkluar2.. yerlah bilik air kat luar... mase bile dia amik air smyang tol x? berbalik pd makcik2 yg sedang wat kije n rancak berborak tu,, mereka masih xberganjak,,, masih rancak berborak.. sakan menyakat sesama mereka,, maklumlah jumpa sanak saudara,,, mak cik2 sume uzur ea??? pak cik2 plak>>>>>???? caner tuh????? sehinggalah azan isyak kedengaran meraka masih lagi kehulu kehilir kesana kemari,, busy lah katakan,, jap lagi ader majlis tahlil,,,
Alangkah sayu nye hati ni melihat keadaan suasana rumah ni,, semua bagaikan asyik melaksanakan kewajipan duniawi sehingga lupakan kewajipan ukhrawi,,, Ya Allah,,, ikhlas aku katakan... hampir menitis air mata ini,,, ingin di tegur namun bagaikan xberdaya,,,
pelik benar keadaan ini,, seorang pun tiada yang berganjak menunaikan perintahnya,,, apabila usai majlis tahlil, kedengaran bunyi riuh rendah saudara2 pengantin menyanyikan lagu2 untuk si pengantin,, si pengantin pun turut sama bersuka ria mendendangkan lagu2 bergembira... apakan wajar majlis tahlil itu dilakukan? apakah niatnya hanya untuk memenuhi adat semata2? melayu... inilah melayu... yang namanya terang terangan ISLAM...

Pemuda Islam

sungguh terharu melihat seorang pemuda islam yang begitu teguh dan kuat pegangannya terhadap ISLAM... Peter Casey atau nama Islamnya ABDUL MALIK.. beliau dilahirkan dalam keluarga yang berlatar belakangkan YahudiKristian. Namun hidayah Allah itu ada dimana-mana sahaja. beliau mengucapkan kalimah syahadah sewaktu umurnya menjangkau belasan tahun. dia langsung tidak segan untuk mengaku bahawasanya dirinya adalah muslim malahan tidak segan silu menunaikan kewajipan solat di khalayak ramai,,, subahanallah,... http://www.youtube.com/watch?v=3GOFkGbAy0w&feature=related click link ini untuk mengenalinya melalui youtube.. :)

Sunday, June 27, 2010

Disaat ku mencuba untuk merungkai isi hati ini, kadangkala aku hanyut di tengah-tengah lautan kepiluan. mengapa? kerana diriku tidak lagi bermaya mencari penyelesaian yang sentiasa tenggelam timbul dek arus yang menempuh desiran hatiku ini. bila mana aku cuba melarikan diri dari segala masalah yang menimpa diri, seringkali aku menjadi haru, bingung dan terumbang ambing. masalah bukan sekadar masalah. ianya perlu diselesaikan. xkira apa, seperti cuba merungkai ikatan tali yang bakal putus. setelah dirungkai tali itu juga sudah tiada gunanya... seperti itu juga hatiku yang ingan merungkai masalah yang sudah tiada lagi penyelesaiannya. hati sentiasa meronta ingin juga menyelinap liku2 penyelesian. hati tidak pernah puas dengan hanya satu keinginan.hati tidak pernah tunduk dengan hanya satu ganjaran. ianya akan sentiasa mahu, mahu dan mahu. tidak pernah hati ini bersyukur dengan apa yang dimiliki. semakin dirungkai persoalan dalam hati ini, semakin aku keliru, apakah kehendak sebenar sanubari yang berselindung dalam diri ini. cinta... xcukupkah kamu dengan cinta kedua ibu bapa mu? yang begitu menyayangi mu sehingga sanggup memberi apa sahaja keinginan mu... sanggup menjaga mu sedari kecil hingga dewasa?????? xcukupkah lagi cinta Illahi, yang telah menghidupkan kamu di alam dunia ini? memberi nikmat kehidupan, nikmat rezeki yang tiada tolok bandingnya, memberi nikmat hidup yang senang lenang, memberi nikmat bernafas tanpa perlu memberi apa-apa bayaran semata-mata untuk menghirup udaraNya. HARTA?? xcukupkah kamu dengan segala harta benda yang mampu membuatkan kamu hidup sehingga kini? harta yang dikurniakan Allah sehingga kamu mampu tinggal dengan selesa, hidup aman damai tanpa perlu meminta sedekah. menaiki kenderaan tanpa perlu berjalan kaki berjuta-juta kilometer? DARJAT PANGKAT????? darjat kamu sebagai manusia dimuka bumi ini adalah lebih mulia berbanding yang lain, tidakkah kamu terfikir? manusia adalah sebaik-baik ciptaan. manusia merupakan ciptaan tuhan yang teragung. Dia ciptakan manusia bersama akal untuk berfikir,. Dia ciptakan manusia bersama perasaan untuk direnung. sedangkan haiwan, tumbuh tumbuhan hanya hidupan yang hanya melengkapkan kehidupan manusia itu. manusia merupakan khalifah atas muka bumi ini. namun manusia masih lagi mahu, mahu dan mahu......
semakin hari aku cuba untuk tidak meminta, tidak menginginkan...... namun itulah manusia tanpa meminta kita bukan manusia. aku sentiasa meminta dirahmati Mu YA Allah,.... Sentiasa meminta akan HidayahMu Ya Allah.... KU SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH... NAMUN KU PERLU PETUNJUKMU YA ALLAH.... AKU HANYA HAMBA YANG LEMAH.... MEMERLUKAN PETUNJUK DAN HIDAYAH MU UNTUK TERUS HIDUP DI BUMI MU YA ALLAH.........................