Thursday, December 20, 2012

Rambut Gugur??? Grrrrrrrh!

Rambut gugur!! Leceh betul kan bila nak kena berdepan dengan masalah rambut gugur ni. Sikat rambut pon rase takut sebab takut rambut banyak yang hilang...
Tapi tu lah masalah kita orang perempuan ni....
Lelaki pon ade yang mengalami masalah ni
Tp kebanyakannya adalah perempuan, lebih2 lagi yang berambut panjang.....


Rambut yang sihat akan mengalami keguguran sebanyak 30-120. Namun jangan risau kerana ianya akan diganti semula :). Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah biasa dan tidak mempunyai anak rambut!!! Huh! (ni yang risau ni :(......)

Ada beberapa punca rambut bermasalah atau pun gugur

1. Keturunan
2. Melahirkan anak
3. Terlalu terdedah kepada sinaran matahari
4. Kerap terdedah dengan bahan kimia
5.Kerap mengunakan pengering rambut dan yang seangkatan dengannya
6. Stress dan gangguan emosi
7. kekurangan nutrisi

bla... bla... bla.....

Banyak kalau nak tulis...

so kat sini sebenarnya saya nak berkongsi serba sedikit tip2 untuk menjaga rambut agar kadar keguguran rambut berkurangan

Pertama!

Shampooooooooo!
syampu ni ade banyak jenis dan jenama, selalunye aku pakai CLEAR,DOVE, HERBAL ESSSENCE, dan yang paling latest LOREAL PARIS..... (wooof banyak lak)
*kat sini nak suruh take note sikit, yang paling berkesan dalam banyak2 ni LOREAL PARIS!!*

mungkin kadang2 bila kita pakai syampu macam2 ada yang ckap xberkesan...
Sebenarnya bukan tidak berkesan tetapi cara kita mungkin tidak tepat.
Untuk dapatkan kesan yang positif cuba perapkan syampu untuk beberapa minit sewaktu kita syampu rambut kita agar ia dapat menyerap hingga ke akarnya.( saya dah cuba!)

Kedua

Sikat!!!
Untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur ni, disaran kan agar menggunakan sikat yang jarang agar rambut tidak mengalami tarikan yang kuat.
Yang paling penting jangan sikat rambut anda sewaktu rambut anda dalam keadaan basah sebaiknya biarkan ia kering barulah disikat.
Selain itu, jangan tidur sewaktu rambut anda basah kerana ia memudahkan lagi rambut anda gugur.
:)

Ketiga

Nutrisi!!!

Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat agar rambut kita mendapat nutrisi yang secukupnya. ini penting untuk menguatkan akar rambut kita :)
Elakkan pengambilan air berkabonat dan makanan segera.
Serta minum air putih dalam jumlah yang banyak dan ambil sayur sayuran beserta buah-buahan segar :)


sekian!

Tuesday, December 18, 2012

tercipta untuk ku

petang- petang lepak kat sofa pastu ujan lepat pulak mula lah perasaan jiwang sentimental ni nak dilayan kan,,,
tak taw lah nape telinga terngiang-ngiang je lagu tercipta untuk mu
lagu ni dah lama dah release tapi penagan dia bagi aku cukup kuat sebab aku pantang dengar lagu ni terus cair...
mungkin lirik dia kot,,, tp kita memang dah sedia maklum kan lirik lagu-lagu band indon ni boleh tahan kan hehehehehhe

Aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakini ku....
kau tercipta untukku...

Tak silap aku rangkap kat atas tu chorus dia..
hmm chorus ni bg aku cukup bermakna, why??? sebab bagi aku bila kita berada bersama dengan orang yang kita sayangi dan percaya keyakinan diri kita jadi kuat...
Seolah-olah dia transfer keyakinan dia kat kita :)
Macam aku.....
sometime kalo tersalah atau xsengaja kita jadi malu dan segan kan...
Tapi bila kite bersama dengan dia kita tanye soalan bodoh pon xterasa diri ni bodoh pun kan :) (hihihi)
kenape ye???
sebab hati kita, akal kita, minda kita menerima dia sepenuhnya dan kita pun tahu dia juga menerima kita :)
lets enjoy tercipta untuk ku!!!

 http://www.youtube.com/watch?v=TwFR7Gkd1kU

Friday, December 14, 2012

secebis cinta mu



terharu terpana
hati seakan resah
tak tahu kemana arah dan tujuan
saat kau datang meraih tangan ku
menyapu air mata yang mengalir
menepis segala perih yang ditanggung
memberi aku sedikit ruang untuk rasa dihargai
membelai jiwa yang ketandusan kasih
merungkai kisah yang tiada penghujung
sungguh kau pejuang tanah hatiku
meskipun tiada siapa yang peduli
tiada siapa yang kisah
tiada siapa yang ingin tahu
kau datang memberi membawa dan menerima
dengan secebis kasihmu aku bangkit
dengan secebis cinta mu aku kuat
dengan secebis pelukan mu aku sedar
kau ciptaan tuhan
yang tercipta untukku
ditakdirkan bertemu ku
ditulis untuk membimbing ku
kau ciptaan tuhan
yang lahir untuk membawa ku
menuju cintaNya yang hakiki
dengan hanya secebis kasih mu..

(for future hubby <3 p="p">