Thursday, December 20, 2012

Rambut Gugur??? Grrrrrrrh!

Rambut gugur!! Leceh betul kan bila nak kena berdepan dengan masalah rambut gugur ni. Sikat rambut pon rase takut sebab takut rambut banyak yang hilang...
Tapi tu lah masalah kita orang perempuan ni....
Lelaki pon ade yang mengalami masalah ni
Tp kebanyakannya adalah perempuan, lebih2 lagi yang berambut panjang.....


Rambut yang sihat akan mengalami keguguran sebanyak 30-120. Namun jangan risau kerana ianya akan diganti semula :). Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah biasa dan tidak mempunyai anak rambut!!! Huh! (ni yang risau ni :(......)

Ada beberapa punca rambut bermasalah atau pun gugur

1. Keturunan
2. Melahirkan anak
3. Terlalu terdedah kepada sinaran matahari
4. Kerap terdedah dengan bahan kimia
5.Kerap mengunakan pengering rambut dan yang seangkatan dengannya
6. Stress dan gangguan emosi
7. kekurangan nutrisi

bla... bla... bla.....

Banyak kalau nak tulis...

so kat sini sebenarnya saya nak berkongsi serba sedikit tip2 untuk menjaga rambut agar kadar keguguran rambut berkurangan

Pertama!

Shampooooooooo!
syampu ni ade banyak jenis dan jenama, selalunye aku pakai CLEAR,DOVE, HERBAL ESSSENCE, dan yang paling latest LOREAL PARIS..... (wooof banyak lak)
*kat sini nak suruh take note sikit, yang paling berkesan dalam banyak2 ni LOREAL PARIS!!*

mungkin kadang2 bila kita pakai syampu macam2 ada yang ckap xberkesan...
Sebenarnya bukan tidak berkesan tetapi cara kita mungkin tidak tepat.
Untuk dapatkan kesan yang positif cuba perapkan syampu untuk beberapa minit sewaktu kita syampu rambut kita agar ia dapat menyerap hingga ke akarnya.( saya dah cuba!)

Kedua

Sikat!!!
Untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur ni, disaran kan agar menggunakan sikat yang jarang agar rambut tidak mengalami tarikan yang kuat.
Yang paling penting jangan sikat rambut anda sewaktu rambut anda dalam keadaan basah sebaiknya biarkan ia kering barulah disikat.
Selain itu, jangan tidur sewaktu rambut anda basah kerana ia memudahkan lagi rambut anda gugur.
:)

Ketiga

Nutrisi!!!

Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat agar rambut kita mendapat nutrisi yang secukupnya. ini penting untuk menguatkan akar rambut kita :)
Elakkan pengambilan air berkabonat dan makanan segera.
Serta minum air putih dalam jumlah yang banyak dan ambil sayur sayuran beserta buah-buahan segar :)


sekian!

4 comments:

  1. wah, nice sharing.. kalo anna jenis yang x minum air masak macam mana ek? hehhee

    ReplyDelete
  2. banyakkan makan buah buahan dan sayur-sayuran sb dalam buah pun ada kandungan air jugak,, dan buah banyak mengandungi vitamin.. kalo xsuka air masak tp suka air manis bley je tp kurangkan kandungan gula dan elakkan air yang berkarbonat :)

    ReplyDelete
  3. kalau rambut panjang.. lagilah banyak gugur. huhuhu risaunya..

    ReplyDelete
  4. taw takpe... cubelah tip diatas insyAllah rambut gugur akan berkurangan :)

    ReplyDelete