Sunday, June 27, 2010

Disaat ku mencuba untuk merungkai isi hati ini, kadangkala aku hanyut di tengah-tengah lautan kepiluan. mengapa? kerana diriku tidak lagi bermaya mencari penyelesaian yang sentiasa tenggelam timbul dek arus yang menempuh desiran hatiku ini. bila mana aku cuba melarikan diri dari segala masalah yang menimpa diri, seringkali aku menjadi haru, bingung dan terumbang ambing. masalah bukan sekadar masalah. ianya perlu diselesaikan. xkira apa, seperti cuba merungkai ikatan tali yang bakal putus. setelah dirungkai tali itu juga sudah tiada gunanya... seperti itu juga hatiku yang ingan merungkai masalah yang sudah tiada lagi penyelesaiannya. hati sentiasa meronta ingin juga menyelinap liku2 penyelesian. hati tidak pernah puas dengan hanya satu keinginan.hati tidak pernah tunduk dengan hanya satu ganjaran. ianya akan sentiasa mahu, mahu dan mahu. tidak pernah hati ini bersyukur dengan apa yang dimiliki. semakin dirungkai persoalan dalam hati ini, semakin aku keliru, apakah kehendak sebenar sanubari yang berselindung dalam diri ini. cinta... xcukupkah kamu dengan cinta kedua ibu bapa mu? yang begitu menyayangi mu sehingga sanggup memberi apa sahaja keinginan mu... sanggup menjaga mu sedari kecil hingga dewasa?????? xcukupkah lagi cinta Illahi, yang telah menghidupkan kamu di alam dunia ini? memberi nikmat kehidupan, nikmat rezeki yang tiada tolok bandingnya, memberi nikmat hidup yang senang lenang, memberi nikmat bernafas tanpa perlu memberi apa-apa bayaran semata-mata untuk menghirup udaraNya. HARTA?? xcukupkah kamu dengan segala harta benda yang mampu membuatkan kamu hidup sehingga kini? harta yang dikurniakan Allah sehingga kamu mampu tinggal dengan selesa, hidup aman damai tanpa perlu meminta sedekah. menaiki kenderaan tanpa perlu berjalan kaki berjuta-juta kilometer? DARJAT PANGKAT????? darjat kamu sebagai manusia dimuka bumi ini adalah lebih mulia berbanding yang lain, tidakkah kamu terfikir? manusia adalah sebaik-baik ciptaan. manusia merupakan ciptaan tuhan yang teragung. Dia ciptakan manusia bersama akal untuk berfikir,. Dia ciptakan manusia bersama perasaan untuk direnung. sedangkan haiwan, tumbuh tumbuhan hanya hidupan yang hanya melengkapkan kehidupan manusia itu. manusia merupakan khalifah atas muka bumi ini. namun manusia masih lagi mahu, mahu dan mahu......
semakin hari aku cuba untuk tidak meminta, tidak menginginkan...... namun itulah manusia tanpa meminta kita bukan manusia. aku sentiasa meminta dirahmati Mu YA Allah,.... Sentiasa meminta akan HidayahMu Ya Allah.... KU SYUKURI NIKMATMU YA ALLAH... NAMUN KU PERLU PETUNJUKMU YA ALLAH.... AKU HANYA HAMBA YANG LEMAH.... MEMERLUKAN PETUNJUK DAN HIDAYAH MU UNTUK TERUS HIDUP DI BUMI MU YA ALLAH.........................